-->

Friday, January 7, 2011

Empayar Nestle 14 100 Tahun Yang Lalu

Izinkan saya membawa anda semua kembali ke sekitar 100 tahun yang lalu.
boikot-nestle-sahabat-israelNestle memulakan dinastinya di Malaysia seawal tahun 1912di Pulau Pinang yang dikenali sebagai Anglo-Swiss Condensed Milk Company. Ini bermakna 97 tahun, iaitu hampir 100 tahun Nestle berada di Malaysia. Saya yakin anda yang sedang membaca artikel ini belum dilahirkan lagi ketika itu, dan kemungkinan juga tidak ada upaya untuk hidup sehingga 100 tahun.
Nestle telah meletakkan batu asas empayarnya di sini jauh sebelum perkataan Malaysia itu dapat dieja.
Ini juga bermakna produk Nestle telah pun disuapkan ke mulut rakyat Islam Malaysia sejak zaman nenek moyang kita lagi. Ia masih lagi disuapkan ke mulut kita yang masih hidup pada hari ini, mungkin juga ke mulut anak-anak kita yang akan menjadi generasi baru pada masa hadapan.
Malangnya setiap suapan itu akhirnya diterjemahkan oleh Nestle sebagai peluru yang digunakan untuk menembak dada saudara kita di Palestin. Dan ini berlaku hampir setiap hari di Palestin, sedang kita begitu enak dan santai sekali menikmati Nescafe untuk minuman pagi dan Milo pada malamnya.
Ada pula yang menikmati minuman Neslo, iaitu gabungan Nescafe dan Milo dalam satu gelas dimana kedua-duanya juga adalah produk Nestle. Gandingan dua produk ini barangkali memberi kepuasan berganda-ganda kepada peminumnya, dimana setiap tegukan itu serentak dengan bedilan berganda-ganda juga ke atas bumi Palestin oleh Yahudi Laknatullah.

Milo dan Nescafe Menjadi Darah Daging Umat Islam Malaysia ? 

Bukan satu rahsia bahawa rakyat Malaysia adalah pengguna terbesar minuman Milo di dunia. Fakta ini dijelaskan apabila Nestle menerima anugerah Pingat Emas untuk Malaysia-Canada Business Excellence Award pada 2006. Dinyatakan pada laman web itu:
Malaysia consumes 90% of worldwide consumption of Milo. It is so popular that almost all households have a tin of Milo and it would be almost impossible to find a restaurant that doesn't sell Milo beverages.
Saya terjemahkan di sini:
Malaysia menggunakan 90% daripada penggunaan Milo di seluruh dunia. Ianya amat popular sehingga hampir setiap rumah mempunyai satu tin Milo dan hampir mustahil untuk mencari restoran yang tidak menghidangkan minuman Milo.
mcbc-business-excellence-awards-kuala-lumpur-2006-nestle-milo
Pingat Emas untuk Nestle, fakta memalukan rakyat Malaysia
Bukankah gila atau lahapnya umat Islam di Malaysia ini sehinggakan sebesar-besar dunia ini, 90% penggunaan Milo itu datang dari rakyat Malaysia semata-mata?
Fakta ini juga pernah dimasukkan dalam Wikipedia berkenaan Milo, tetapi jika anda pergi ke pautan itu kelihatannya fakta tersebut telah dihapuskan. Pautan rujukan ke Anugerah MCBC juga telah dihapuskan dari Wikipedia itu. Saya tidak tahu mengapa dan bila ia dihapuskan dari Wikipedia, tetapi mujurlah saya sempat untuk mengambil screenshot semasa ianya masih ada.
fakta-milo-wikipedia
Fakta yang hilang?
Jika anda bandingkan dengan Wikipedia yang terkini, ayat yang menyatakan Malaysia menggunakan 90% Milo itu sudah dihapuskan, atas sebab-sebab yang saya sendiri pun tidak tahu.
Saya tidak fikir jika ada pihak Wikipedia yang menganggap fakta itu salah, memandangkan ianya diakui oleh Pengarah Urusan Nestle Malaysia, Sullivan O'Carrol dalam akhbar TheStar Online baru-baru ini:
O'Carrol said Milo has been available in the country for almost 60 years and Malaysians were the world's largest consumers of Milo.
Saya terjemahkan di sini:
O'Carrol berkata Milo telah berada di negara ini hampir 60 tahun dan rakyat Malaysia merupakan pengguna Milo terbesar di dunia.
shahrir-urges-restaurants-to-lower-price-of-milo
Sullivan akui rakyat Malaysia paling lahap meminum Milo.Sumber>>
Adakah kita berbangga dengan kenyataan ini? Kita, rakyat Malaysia, yang beragama Islam terutamanya, begitu berjasa kepada Nestle melalui penggunaan Nescafe dan Milo selama ini.
Produk Nescafe dan Milo ini menyumbangkan keuntungan kepada Nestle sebanyak 63% di Malaysia berbanding produk Nestle yang lain. Dan keuntungan ini digunakan oleh Nestle untuk membantu Israel melenyapkan bumi Palestin.
Hasil jasa baik kita semua ini telah membawa Nestle ke tahap yang tinggi sehingga kini. Sudah tiba masanya untuk kita menjatuhkannya.

Nestle Ketawa Melihat Jahilnya Umat Islam

Sumber rujukan: InMinds.co.uk
shahrir-minum-milo-depan-sullivan
Dato Shahrir menikmati darah umat Palestin Milo di hadapan Sullivan.Sumber>>
Semasa kita umat Islam Malaysia masih setia menggunakan produk Nestle menjadi sebahagian darah daging kita, syarikat itu telah bekerjasama dengan syarikat pengeluar makanan dari Israel iaitu Osem Investment pada tahun 2000 untuk membina sebuah fasiliti R&D di Sderot, Israel.
R&D itu digunakan sebagai .pusat pembangunan bagi makanan snek (ya, makanan yang kita semua jamah setiap hari itu) dan jutaan dollar dilaburkan untuk operasi R&D tersebut.
Pusat R&D itu dibina di atas tanah haram di bawah kerajaan haram Israel. Dan jutaan dollar dilaburkan ke atas pusat R&D haram itu tiap-tiap tahun. Tanah yang dirampas dari tangisan dan darah umat Palestin itu senang-senang sahaja digunakan oleh Nestle untuk kemudahan dirinya, malah memberi manfaat pula kepada kerajaan haram Israel.
Sebangsat mana lagi kelakuan Nestle yang diperlukan sebelum kita mahu memboikotnya?
boikot-nescafe-darah-palestinSetiap produk Nestle yang kita jamah itu mengandungi satu lagi kandungan ramuan yang terlindung, iaitu darah umat Palestin!
Pada 1998, Peter Brabeck-Letmathe (salah seorang Lembaga Pengarah Nestle, kini sebagai Pengerusi), mewakili syarikat Nestle telah menerima Jubilee Award disampaikan oleh Perdana Menteri Israel sendiri iaitu Benjamin Netanyahu.
Anugerah Jubli ini adalah yang tertinggi pernah diberikan oleh kerajaan haram Israel sebagai tanda penghargaan kepada individu atau organisasi yang berjasa kepada kerajaan haram tersebut, samada melalui perdagangan atau pelaburan.
Berjasa di sini bermakna individu atau organisasi itu telah membantu ekonomi Israel, meningkatkan kewangannya untuk membeli lebih banyak senjata api untuk membunuh rakyat Palestin, menghalau mereka dari tanahair sendiri dan membina binaan haram di atas tanah yang dirampas.
Membeli produk Nestle bermakna membantu dan mengiktiraf kerajaan haram Israel. Setiap sen yang dibelanjakan untuk membeli produk mereka akan sampai kepada kerajaan haram Israel. Dan Israel akan menyampaikan setiap sen yang kita berikan dalam bentuk peluru yang dibedil ke atas umat Islam Palestin.

Apa Pendirian Kita?

Ramai di antara kita yang hanya pandai merungut.
  • Macam mana nak boikot kalau dah kedai makan cuma jual Milo je, mana ada produk lain?
  • Macam mana nak boikot kalau dah kedai runcit cuma ada produk Nestle je, mana ada produk lain?
Pernahkah kita bersuara kepada tauke kedai meminta mereka menukar menu minuman dari Milo kepada jenama lain? Pernahkah kita berkata kepada mereka yang kita tidak mahu jenama Milo, Nescafe, Nesquik, Maggi dan sebagainya? Pernahkah kita mendesak mereka menyediakan jenama lain?
Kebanyakannya akan menjawab TIDAK. Bermakna kita TIDAK melakukan apa-apa tindakan tetapi hanya pandai merungut. Kita tidak bertindak, apatah lagi menyuarakannya.
Lebih malang lagi jika kita langsung tidak peduli untuk memboikot. Mungkin juga menjadi lebih bangsat apabila kita memperlekehkan pula usaha memboikot.
Berapa lama lagi perlu kita tunggu sebelum kita mahu mula memboikot produk Nestle?
Jika kita masih mahu menunggu sehingga Palestin hancur, maka ketahuilah bahawa Palestin telah lama hancur!!

Read more...

Laman web Kadima dihack

Laman web parti politik terbesar di Israel iaitu Kadima telah digodam oleh hacker Palestin. Menurut jurucakap parti itu, bukan website Kadima sahaja yang terlibat malah blog peribadi pemimpin parti itu juga turut diceroboh.

Keadaan itu disedari oleh administrator setelah mendapati wajah Livni telah diletakkan simbol sasaran tembak dengan beberapa slogan hasutan terhadap parti Kadima seperti “God will defeat Israel” di dalam bahasa Arab dan Hebrew. Kini pasukan teknologi maklumat parti Kadima sedang bertungkus-lumus membersihkan semula laman web tersebut.

Menurut akhbar The Associated Press, kemungkinan pencerobohan itu mungkin dilakukan oleh Gaza Hacker Team (GHT) berdasarkan logo kumpulan yang diletakkan pada web.

Tindakan GHT ini mungkin untuk membalas tindakan kumpulan hacker Israel dari Gerakan Kach yang menggodam tiga laman web kepunyaan parti Arab-Balad iaitu Arab42.com, Mahsom.com dan Arabic-Language.com pada Jun 2008.

Sebelum menggodam laman web parti Kadima, Gaza Hacker Team telah melakukan tindakan di luar dugaan pihak keselamatan Israel iaitu menceroboh dan mengambil alih laman web serta stesen Radio 102FM milik Israel pada 19 Januari 2009.

Pencerobohan tersebut tidak disedari pasukan komputer stesen radio tersebut dan selepas disedari, pasukan komputer itu terpaksa pula mengambil masa yang lama untuk mendapatkan semula kawalan stesen radio internet mereka.

Perang Dunia Digital Bermula

Menurut wartawan Israel iaitu Maayan Cohen, kumpulan hacker dari Gaza tidak sahaja bergerak bersendirian, mereka sangat teratur dan mempengaruhi hacker-hacker dari negara lain yang pro-Palestin.

Sehingga akhir 2008, laporan menunjukkan sudah beribu-ribu laman web dari Israel telah digodam oleh hacker-hacker luar negara khususnya dari Iran, Lubnan, Maghribi, Turki dan Algeria. Selain itu, hacker pro-Palestin juga turut cuba menggodam laman web bank dan agensi-agensi kerajaan di Israel.

Menurut laporan dari web CNN.com, kumpulan hacker dari Maghribi yang digelar Team Evil disyaki paling banyak menggodam web-web dari Israel. Serangan tersebut disyaki telah dilakukan sejak tahun 2006 lagi.

Lanjutan dari permasalahan ini, Kementerian Luar Israel telah mengeluarkan dana khas membantu kelompok hacker dan propagandist dari Israel yang berhasrat mempertahankan dasar-dasar luar negara Israel. Bukan itu sahaja, rakyat Israel juga digalakkan memuat turun suatu perisian khusus untuk memberi sokongan kepada kerajaan Israel. Perisian itu diberi nama Megaphone. Menurut jurucakap Kementerian Luar Israel, setakat sudah 50,000 pelayar internet memuat turun perisian tersebut.



Isuhangat



Read more...

Tabik Setan

Horned God Represents the horned god of witchcraft. Pan or Cernunnos. Note the thumb under the fingers and given by the right hand.



Horned Hand The sign of recognition between those in the Occult. When pointed at someone it is meant to place a curse. Note the thumb over the fingers and given by the left hand.





Witch Sign or Moon Sign Used to salute the rising moon. Also used by surfers and football teams. This is the sign that the furor should be using to indicate the "Hook Um" horns, Not the 2 above



Anton LaVey, leader and founder of the Church of Satan.
Above: Anton LaVey, founder of the Church of Satan and author of The Satanic Bible, displaying the "Horned Hand" (also called the "satanic salute" and Il Cornuto) with his left hand, on the back cover of The Satanic Bible.



A Satanic Ritual
Above: (Satanists making the "Satanic salute" to an altar displaying the Goat of Mendes or Baphomet, to acknowledge their allegiance to Satan, during a Satanic ritual.)



Above, from the Satanic Bible: The ‘Satanic Salute’, Horned Hand or The Mano Cornuto is a signal of allegiance between members of Satanism to their ‘horned god’, a sign of recognition and allegiance.

MELAYU ISLAM....JUGA SAMA...!!!
Kesiannn... tengok mereka-mereka ni semua...


ENTAH APA BENDA LAH PERJUANGAN ANAK-ANAK MELAYU-ISLAM ZAMAN SEKARANG NI....
Dulu-dulu berjuangan menentang penjajah.. kemudian berjuang mendapatkan kemerdekaan.. kemudian berjuang utk mengekalkan kemerdekaan.. kemudian berjuang membangunkan negara.. SEKARANG NI.. ENTAH APA BENDA YANG SEDANG DIPERJUANGKAN...??????

Read more...

Tiada Idea Menaip Entri.? Bagaimana untuk dapatkan idea.?

Entri dalam sesebuah blog adalah antara faktor pemacu kepada blog tersebut. Ini kerana, seorang blogger akan menaip di dalam blognya, dan entri yang ditaip akan dibaca oleh orang lain samada juga dari kalangan blogger ataupun dari pelayar internet biasa.

Untuk menaip sesebuah entri, seseorang blogger memerlukan idea untuk menaip. Itu adalah perkara paling penting. Dan selepas itu barulah datang olahan, masukkan gambar, dan dengan cara penyampaian yang berbeza bagi setiap orang.

Oleh itu, antara perkara yang akan merunsingkan seorang blogger adalah kekeringan idea. Mereka ingin menaip entri, ingin update blog, tetapi tiada idea. So, memang tidak jadi entri.:)

Untuk masalah seperti ini, bagaimana untuk mendapatkan idea untuk menaip di dalam blog.?

1. Ketahui isu semasa
Mengetahui isu semasa adalah penting untuk mendapatkan idea untuk menaip dalam blog. Ini kerana isu semasa sentiasa akan menjadi yang terbaru. Hari ini ada suatu perkara yang berlaku, minggu depan perkara lain pula.

Jika anda mengikuti perkembangan semasa, sebenarnya terlalu banyak idea untuk anda menaip dalam blog, walau bagaimanapun, anda kena ketahui juga isu semasa mana yang perlu, isu semasa mana yang tidak perlu.

2. Tidak semestinya tertumpu kepada fakta.
Fakta adalah penting, tetapi ada ketikanya entri anda tidak perlu tertumpu kepada fakta semata-mata. Sebagai contoh, isu terbaru adalah pembunuhan jutawan kosmetik. Anda boleh buat entri berkaitan kronologi dan fakta nombor,tarikh, bilangan, tetapi ianya sedikit merumitkan kerana anda perlu mencari sumber untuk membuat entri sebegini. Jika tidak jumpa maklumat, anda akan rasa malas pula untuk teruskan.

Jadi, antara perkara paling senang adalah membuat entri, bukan berbentuk fakta tetapi berkaitan dengan isu semasa tesebut. Mungkin anda boleh buat entri berkaitan pendapat dan pandangan tentang isu ini. Ianya lebih meringankan otak anda untuk mengarang. Apabila membuat entri berkaitan pandangan, maka ianya akan lebih 'terbuka' kerana pandangan seseorang adalah subjektif, berbanding entri fakta yang memerlukan maklumat yang tepat.

3. Apa yang berlaku di sekeliling anda.
Isu semasa boleh jadi hal yang jauh merentasi negeri atau negara. Apa yang berlaku disekeliling anda pula adalah apa yang anda sedar kewujudannya. Sebagai contoh, anda berjalan² di pasar malam, dan ternampak ada orang bergaduh di pasar malam.

Walaupun anda nampak orang bergaduh, tetapi lebih baik entri anda tidak tertumpu kepada pergaduhan pasar malam itu, jadikan entri anda lebih universal. Jika anda tertumpu, entri anda akan jadi seperti ini " Tadi aku nampak pergaduhan", tetapi jika anda lebih terbuka sedikit, entri akan menjadi seperti ini " kenapa perlu bergaduh.?". dengan sebegini, anda akan memberi sedikit pandangan kemudian baru disusuli contoh. Dan entri ada akan melibatkan pandangan boleh 'digunakan' untuk jangka masa panjang, bukan hanya untuk peristiwa itu sahaja.

4. Apa yang berlaku kepada anda.

Anda mengalami hidup anda sendiri bukan, dan anda tahu apa yang berlaku dalam kepada diri anda. Sebagai contohnya, anda berasa bosan. Walaupun bosan ini berlaku pada diri anda, tetapi anda tidak perlu taip entri bertajuk "argh, bosannya hari ini", tetapi cuba bayangkan anda mencari sedikit maklumat, kemudian membuat entri bertajuk "bosan.? bagaimana untuk mengatasinya". Entri ini akan buat pengunjung terasa lebih berminat untuk membaca.:) (kecualilah memang blog peribadi yang teramat:)

---------------------------------------

Sebenarnya banyak lagi tips yang boleh digunakan untuk mencari idea menaip entri dalam blog. Mungkin jika aku ada masa sedikit, aku akan taip hal berkaitan. Kerana buat masa sekarang, kekangan masa menjadi faktor utama bagi aku.:)

Menaip entri dalam blog sebenarnya dapat memberi kepuasan kepada seseorang blogger.
Jika, minatnya memang untuk berblogging dan tidak dipaksa oleh sesiapa.( eh, ada ke berblogging kena paksa.:)



Read more...

Putus Cinta.? Anda Perlu Baca Entri Ini.

Terputusnya suatu hubungan adalah sesuatu yang memeritkan, samada kepada sebelah pihak atau kepada kedua-duanya sekali. Mungkin setelah sekian lama menjalinkan hubungan sebagai sepasang kekasih, tiba suatu ketika hubungan ini tidak dapat diselamatkan lagi.



Untuk entri ini, aku buat untuk keadaan di mana apabila anda putus cinta, dan tiada tanda-tanda si dia akan kembali kepada anda. Mungkin si dia sudah ada orang lain ataupun si dia memang tidak mahukan anda lagi. Jika anda yang memutuskan hubungan, mungkin tidak separah dengan orang yang menerima keadaan 'diputuskan'.

Si dia sudah tidak kembali kepada anda.. Anda kecewa.. Jadi apa yang perlu anda lakukan/pikir/bertindak.?

Jadi kali ini aku bawakan beberapa point dari pendapat dan pandangan aku sendiri. Jika anda ada pendapat lain, boleh bagitahu di ruangan komen untuk kita bertukar pendapat.

Berikut point² yang aku pikirkan.



1. Simpan sementara gambar si dia

Mungkin bagi anda idea ini seperti 'idea gila' kerana akan membangkitkan perasaan rindu. Tetapi pikirkan seperti ini. Jika hari ini anda bersamanya, selepas ini anda tidak lagi berpeluang untuk menatap/bercakap/berbual. apa akan terjadi jika anda terasa begitu memerlukan si dia sedangkan si dia sudahpun bersama orang lain.?

Tengok gambar. Itu dapat mengurangkan sedikit kepedihan yang tersarang di hati anda. Tidak perlu anda tatap gambar tiap² hari, just simpan buat sementara sehingga luka di hati perlahan-lahan sembuh. Nanti ada suatu ketika anda rasa anda sudah agak ok, dan tidak perlu menatap gambar kerana ingatan anda kepada si dia sudah makin pudar, pada masa itu anda boleh buang atau delete gambar yang ada dalam pc anda.


2. Jangan dengar/menyanyi lagu jiwang

Jika bercinta, perasaan gembira dan bahagia akan anda lalui. Anda boleh mendengar/karaoke lagu² yang best². Tetapi jika anda putus cinta, sebolehnya elakkan daripada mendengar, apatah lagi menyanyi lagi yang berkaitan putus cinta.

Mungkin bagi anda itu untuk meluahkan kepedihan dalam diri anda, tetapi sebenarnya apa yang anda dengar/nyanyi akan membangkitkan rasa rindu kepada orang yang tiada di sisi anda. Dan percaya atau tidak, jika sebelum putus cinta anda tidak begitu kisah dengan lirik lagu, tetapi apabila putus cinta anda begitu mengambil berat dengan lirik lagu.

3. Cari kawan yang berlainan jantina

Cari kawan berlainan jantina, ataupun jika sudah ada lagi bagus. Cari kawan, bukan mencari pengganti dirinya. Anda boleh cari pengganti si dia jika hubungan anda sudah lam terputus, tetapi jika hubungan anda baru sahaja terputus, cari kawan berlainan jantina untuk meluahkan apa yang anda rasa. Kerana meluahkan perasaan adalah berbeza antara sama jantina dengan berbeza jantina.

Kadang ada yang tersilap terlalu awal untuk menerima orang lain dalamm hidup selepas terputus hubungan. Dapat cepat menjalin hubungan selepas putus cinta, bukan menunjukkan anda power, tetapi lebih kepada keputusan yang tergesa² untuk mengisi kekosongan di hati anda. Anda boleh tersilap pilihan jika pilihan yang anda buat adalah berdasarkan emosi, bukan pikiran anda dalam keadaan stabil.
Jadi jika anda baru putus cinta, cari kawan yang berlainan jantina untuk anda luahkan apa yang terbuku di hati anda.


4. Think : Dia bukan untuk aku..

Si dia curang, anda baik. Secara logiknya adakah si dia layak untuk anda.?. Tidak.
Peluang boleh diberi, setiap orang layak di beri peluang termasuk diri anda. Tetapi jika pasangan anda sudah curang, contohnya hingga melakukan hubungan seks dengan orang lain. Adakah anda pikir dia layak untuk anda.?

Kerana, jika seseorang pernah curang, pasangan yang akan bersamanya akan mengingati apa yang telah dilakukan olehnya sehingga akhir hayatnya. Lagi² kalau curang hingga melibatkan hubungan badan. Jadi pikir, jika dia dari awal² lagi sudah begitu, adakah anda hendak bersamanya.?


5. This is your life.

Inilah hidup anda. Hadapinya. Anda tidak boleh pikir hidup anda sentiasa seronok, gembira. Anda tahu hidup kita seperti roda, anda kala kita di atas, ada kala kita di bawah. Anda pernah berada di atas, dan sekarang adalah masa anda untuk berada di bawah.

Anda pikir keadaan anda teruk? Ada lagi yang lebih teruk daripada apa yang anda hadapai, putus cinta. Ada yang dipukul, ada yang disimbah asid, ada yang dikurung,. Tetapi ramai sahaja daripada mereka yang bangkit untuk jadi orang yang bagus.

Jadi anda putus cinta, anda hendak menyesali hidup anda.? NO.
banyak lagi rintangan dalam hidup yang perlu anda hadapi..
Jika anda berjaya harungi salah satu cabaran hidup ini, anda sudah boleh katakan kepada diri anda, anda memang tahu untuk kendalikan hidup anda sendiri.

-------------------------------

Apabila putus cinta, antara perasaan yang anda akan hadapi adalah anda akan rasa berdendam. Bukan setakat berdendam kepada si dia, tetapi anda akan berasa berdendam kepada semua orang yang sejantina dengannya.. Perasaan itu boleh aku katakan 'normal' pada mulanya kerana kita adalah manusia, tetapi jangan terus terbawa-bawa dengan perasaan anda itu.

Tidak kira lelaki atau perempuan, perasaan dendam dan kecewa akan terbit dikala hubungan terputus. Yang penting bagaimana anda uruskan perasaan dan diri anda. Jangan jadi seperti si dia, yang tidak pandai menghargai anda. Suatu hari anda akan jumpa seseorang yang akan menghargai anda seperti mana anda pernah menghargai orang lain. What goes around, comes around.

Masa akan menentukannya.
This is your life.
Hadapinya..



unwanted86
Read more...

Friday, December 10, 2010

EASY VS. DIFFICULT

Easy is to get a place is someone's address book.
Difficult is to get a place in someone's heart.

Easy is to judge the mistakes of others.
Difficult is to recognize our own mistakes.

Easy is to talk without thinking.
Difficult is to refrain the tongue.

Easy is to hurt someone who loves us.
Difficult is to heal the wound...

Easy is to forgive others.
Difficult is to ask for forgiveness.

Easy is to set rules.
Difficult is to follow them...

Easy is to dream every night.
Difficult is to fight for a dream...

Easy is to show victory.
Difficult is to assume defeat with dignity...

Easy is to admire a full moon.
Difficult to see the other side...

Easy is to stumble with a stone.
Difficult is to get up...

Easy is to enjoy life every day.
Difficult to give its real value...

Easy is to promise something to someone.
Difficult is to fulfill that promise...

Easy is to say we love.
Difficult is to show it every day...

Easy is to criticize others.
Difficult is to improve oneself...

Easy is to make mistakes.
Difficult is to learn from them...

Easy is to weep for a lost love.
Difficult is to take care of it so not to lose it.

Easy is to think about improving.
Difficult is to stop thinking it and put it into action...

Easy is to think bad of others.
Difficult is to give them the benefit of the doubt...

Easy is to receive.
Difficult is to give·

Easy to read this.
Difficult to follow.

Easy is the path of Hell-fire.
Difficult is the path of Paradise.

Easy is keep the friendship with words.
Difficult is to keep it with meanings.


credit to syazzess
Read more...

Tuesday, November 30, 2010

Cara jawab telefon yg betul

"Sebenarnye cara menjawab tepon yang kite amalkan adelah salah... dan kebanyakannye sama..terpikir kah anda untuk menjawab dengan jawapan yang betul. Jadi disini kite akan cube untuk menukarkan jawapannye (tak le korang boring sangat kalu jadi operator).1. Soalan: haloo, may i speak to bedah please?Jawapan: maap.sini bukan balai polis.2. Soalan: haloo, siapa disana?Jawapan: ntah. saya kat sini,mane le saya tau sape kat sane..3. Soalan: haloo, boleh saya bercakap ngan bapak awak?Jawapan: nak cakap cakap je ler. buat ape tanye saya.4. Soalan: haloo, boleh sambungkan ke nombor 323?Jawapan: maap cik,nombor tak boleh disambung,hanye boleh dicampur.5. Soalan: haloo, mak ade rumah?Jawapan: mak takde rumah.bapak ade pasal rumah ni bapak yang beli.6. Soalan: haloo timah, buat ape tu?Jawapan: kan ke saya tengah bercakap ngan awak kat tepon ni..7. Soalan: boleh saya bercakap ngan siti?Jawapan: maap.nombor yang anda dail tidak mahu memberikanperkhidmatannye... time kacih.8. Soalan: haloo, tolong panggilkan samad. saya nak bercakap dengannye.Jawapan: sila panggil sendiri.saya sibuk.maap9. Soalan: halloo......Jawapan: haloo. pusat sakit mental disini. anda ingin mendaftar?10. Soalan: haloo, saya nak tumpang bertanya...Jawapan: maap. ini bukan kaunter pertanyaan.11. Soalan: haloo, betul ke ini nombor 3234412?Jawapan: sila dail sekali lagi. kalau saya masih menjawab betul letu.12. Soalan: assalammualaikum...Jawapan: waalaikummussalam..(tupp!..terus letak tepon.salam kitewajib jawab)
Read more...

Lukisan!!!!!!

Seorang guru lukisan sedang melihat kertas lukisan milik pelajarnya yang paling malas. 


Cikgu : "Lukisan apa yang kau buat nie Abu, kosong je?" 
Murid : "Kuda makan rumput, cikgu!" 
Cikgu : "Rumputnya mana?" 
Murid : "Sudah habis dimakan kuda, cikgu," 
Cikgu : "Habis tu, kudanya mana?"
Murid : "Sudah pergi, cikgu! Kalau rumputnya sudah habis, buat apa kuda tu masih di situ?"

Read more...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...